Khamis, 10 Disember 2009

PENGENALAN

KELUARGA SAAN KARTO ini berasal dari Kg. Himbaan Ranau (Sabah Malaysia). Keluarga Saan Karto ini sempena nama ketua keluarga iaitu Saan Bin Karto. Web ini juga dibuat sekadar untuk memaparkan salasilah keluarga Saan Bin Karto sebagai rujukan kepada anak cucu beliau walau di mana pun mereka berada. Generasi Saan bertanggungjawab untuk menyediakan salasilah keluarga ini supaya zuriat keturunan beliau mudah untuk meneruskan kesinambungan di masa akan datang. Walaupun usaha ini amat kecil, tetapi diharapkan zuriat keturunan beliau tidak akan lupa asal usul keturunan mereka dan diharapkan kepada semua ahli keluarga dari keturunan Saan Karto akan sentiasa mengemaskinikan blog ini bila perlu.

SAAN BIN KARTO

Saan Bin Karto merupakan anak ke-2 kepada Allahyarham Karto Bin Godoong dengan pasangannya Allahyarhamah Ronsiding @ Sarikam Bte Kompar. Saan Bin Karto mempunyai 3 orang adik beradik. Beliau mempunyai seorang abang iaitu Allahyarham Samitah Bin Karto dan seorang adik perempuan Wasiah Bte Karto.




Bapa kepada Saan (Karto Bin Godoong) ini telah lama meninggal dunia dan telah disemadikan di Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Kg. Rajunah Kota Belud. Allahyarham meninggal dunia di Kg. Rajunah Kota Belud (dahulu dikenali sebagai Batu 6 Kota Belud) semasa beliau berhijrah ke Kg. Rajunah untuk meneroka tanah di sana. Beliau telah sakit, lalu meninggal dunia di sana dan anak-anak beliau tidak sempat membawanya balik ke Ranau kerana pada masa itu perjalanan dari Kg. Batu 6 ke Ranau masih berjalan kaki.
Ibu kepada Saan (Ronsiding @ Sarikam Kompar) juga telah lama meninggal dunia dan disemadikan pula di Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Kg. Kimolohing Ranau. Beliau meninggal dunia akibat sakit tua semasa tinggal bersama dengan anak sulungnya Allahyarham Samitah Karto.

Saan Bin Karto berkahwin dengan Dulimah bte Sabalat berasal dari Kg. Tagudon Lama Ranau pada 25.07.1957 berwalikan Muji Bin Sabalat dan disaksikan oleh Allahyarham Darum Bin Yuntong dan Allahyarham Kasoman Bin Sukuradi.

DULIMAH BTE SABALAT















Dulimah Bte Saba
lat ialah anak Sulung kepada pasangan Allahyarham Sabalat Bin Gaduan dengan Allahyarhamah Kolob Bte Apai. Dulimah Bte Sabalat juga mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muji Bin Sabalat.


















Allahyarham Sabalat dan Allahyarhamah Kolob juga telah lama meninggal dunia dan disemadikan di Kg. Bayayat Togudon Lama Ranau.

Setelah Saan Karto dan Dulimah Sabalat berkahwin, mereka telah menetap di Kg. Himbaan Ranau. Rumah yang mereka diami ialah rumah yang telah dibina oleh bapanya Karto bin Godoong. Mereka berkongsi rumah dengan keluarga yang lain termasuk keluarga Darum Yuntong. Pada masa itu, rumah mereka berada di kawasan berhampiran dengan kawasan perkuburan Orang Islam Kg. Himbaan, Ranau pada masa ini.


















Apabila rumah tersebut dirobohkan, pasangan ini telah menumpang tinggal bersama dengan keluarga Allahyarham Dupin Bin Gadsong, sehinggalah mereka membina rumah sendiri berhampiran dengan rumah keluarga Encik Dupin Gadsong yang sehingga sekarang tapak rumah tersebut dikekalkan.

Saan Bin Karto selalu berpesan kepada anak cucunya bahawa jasa dan budi baik keluarga Allahyarham Dupin Bin Gadsong dengan isterinya Allahyarhamah Patama Bte Galid ini jangan sekali-kali dilupakan. Mereka telah tinggal menumpang dengan keluarga Allahyarham Dupin ini hampir setahun sebelum mereka berpindah ke rumah mereka sendiri.

Selepas Rumah Pertama Saan Karto dan keluarga semakin uzur, rumah ini telah beliau buat sebagai tempat keluarga berteduh dari hujan dan panas. Selepas itu, barulah beliau membina rumah yang di atas tadi.

Rabu, 9 Disember 2009

ANAK DAN CUCU

ANAK-ANAK SAAN BIN KARTO DENGAN DULIMAH BTE SABALAT

Pasangan Saan Karto + Dulimah Sabalat telah dikurniakan 5 orang anak.
3 orang perempuan dan 2 orang lelaki.


1. Puan Ahimah Bte Saan
2. Puan Hamineh Bte Saan
3. Encik Nordin Bin Saan
4. Puan Rosumia Bte Saan
5. Encik Saperdin Saan

Mereka mempunyai 13 orang cucu.


1. AHIMAH BTE SAAN

Ahimah Bte Saan ialah anak sulung pasangan ini. Ahimah Bte Saan berkahwin dengan Saidi Bin Amat berasal dari Kg. Kionsom Tamparuli dan mereka mempunyai 2 orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Beliau merupakan kakitangan awam dan menetap di Kota Kinabalu.

Addy Bin Saidi

merupakan anak sulung kepada Ahimah Saan.
(belum ada photo)

Avy Sarah Bte S
aidi + Hamidi

Anak ke-2 kepada Ahimah Bte Saan dan telah berkahwin dengan Hamidi berasal dari Papar.

2. HAMINEH BTE SAAN

Hamineh Bte Saan berkahwin dengan Unik Bin Basinda berasal dari Kg. Kauluan Ranau dan mereka mempunyai 5 orang anak. 4 orang lelaki dan seorang perempuan.

Mohd. Hamdie Bin Unik

Anak sulung kepada Hamineh Saan. Panggilan di kalangan keluarga ialah Abang Amdie. Dia ni abang tua di kalangan cucu Atuk Saan Karto. Kalau pasal menu masak-memasak boleh tanya dia. Bukan Chef ja tau dia pro ni, setting komputer pun boleh tahan bah..

Mohd. Hairie Bin Unik

Anak ke-2 kepada Hamineh Saan. Dia ni keluarga panggil dia Abang Irie. Mohd Hairie Bin Unik telah berkahwin dengan Fauziah Yidin dari Kg. Lipasu Ranau. Isteri Abang Irie ni kami panggil dia dengan panggilan mesra Kakak Gadi kerana memang pun keluarga dia panggil Gadi juga.

Mohd. Hilmie Bin Unik

Anak ke-3 Puan Hamineh Saan dengan Unik Bin Basinda. Dalam keluarga panggil dia dengan panggilan manja Abang Mimie. Ambil singkatan nama dia. Kalau time Raya dia ni suka bunyi mercun yang kuat-kuat.

Hajiah Bte Unik

Anak ke-4 kepada Puan Hamineh Saan dengan Unik Bin Basinda. Kakak Uwan adalah panggilan manja dia. Nak tahu macamana dia dapat nama tu, kerana dia ni perempuan jadi kena kami panggil dia Uwan. Kakak Uwan rajin buat kek yang sedap-sedap. Kalau masak pun sedap-sedap bah.

Mohd. Hamirul Bin Unik

Anak ke-5 kepada Puan Hamineh Saan dengan Unik Basinda. Panggilan manja dia ni Abang Gurul. Kalau racing kereta kah, racing motor kah - semua dia lah. Dia ni lah pengharapan si Atuk Saan Karto.

3. NORDIN BIN SAAN

Anak lelaki Pertama Saan Karto dengan Dulimah Sabalat. Anak-anak buah panggil dia Uncle Kurus sebab uncle diorang yang satu tidak kurus.

4. ROSUMIA BTE SAAN

Anak ke-4 pasangan Saan Karto dan Dulimah Sabalat. Dia ni kami panggil Ummi. Dia berkahwin dengan Mohd. Nazri Bin Sulaiman berasal dari Johor Baharu. Mereka telah dikurniakan 4 orang anak iaitu 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan.

Mohd. Izzat Fariq Bin Mohd. Nazri

Anak sulung mereka. Dalam Keluarga Saan memanggil dia dengan panggilan Izzat saja. Dia ni ada bakat-bakat jadi Mat Rempit tapi yang baik dia ni merupakan imam dalam Keluarga Saan.

Nurul Izzatil Fatihah Bte Mohd.Nazri

Anak perempuan pertama Rosumia Saan. Dia ni kami panggil dia dengan panggilan Tihah saja. Kalau pasal bancuh membancuh kopi dia ni lah yang selalu buat time Keluarga Saan ni berkumpul.

Nurul Izzatil Fadillah Bte Mohd. Nazri


Puteri ke-2 Rosumia Saan. Dia ni kami panggil dia Dillah saja. Dia ni geng keras si Fadil dan si Eiqhwan bila semu bertemu di rumah Atuk Saan. 3 cucuk Atuk ni tidak pernah berengang walau seminit.

Ahmad Izzat Fadhil Bin Mohd. Nazri


Putera ke-2 Rosumia Saan. Dia ni kami panggil Fadil saja. Manja sangat ni dengan Ummi dia. Anak bungsu lah katakan. Dia ni geng keras si Eiqhmal dengan si Dillah.

5. SAPERDIN BIN SAAN

Anak bungsu Saan dan Dulimah. Dalam keluarga panggil dia ni Gidin. Beliau berkahwin dengan Puan Rusmawati Bte Mhaimin berasal dari Kg, Kinasaraban Ranau yang dibesarkan di Kg. Togop Tamparuli. Mereka mempunyai 2 orang anak lelaki.


Mohd. Souvry Eiqhwan Bin Saperdin

Anak sulung kepada Saperdin Saan dan Rusmawati Mhaimin. Dalam keluarga dia dipanggil Abang dan Quan. Dia ni tiada kerja lain, asyik menconteng kertas dan menghadap skrin komputer.

Mohd. Shafwan Eiqhmal Bin Saperdin

Anak ke-2 mereka. Panggilan dia ni Adik dan Eiqhmal. Dia ni geng keras si Dillah dan si Fadhil. Time keluarga berkumpul ini lah 3 sekawan.

* SELAMAT BERKENALAN DENGAN KELUARGA SAAN BIN KARTO *

Anda kenal tak siapa yang maco ni diapit oleh dua dara sunti ???

Selasa, 8 Disember 2009

AKTIVITI

AKTIVITI BERSAMA


Menghadiri Majlis Perkahwinan anak
Kamsin @ Sani Salleh di Kg. Rajunah Kota Belud

Bila kumpul bersama pasti ada BBQ

Sambutan Hari Raya , Tahlil dan Kunjungan Keluarga
Kosiah Lingkong bersama anak-anak ke Rumah Atuk Saan

Nenek dan cucu-cucunya memalu gong semasa
sambutan Hari Keluarga pada 20.12.2008



Isnin, 7 Disember 2009

PERISTIWA

PERISTIWA


Ahad, 6 Disember 2009

AKSI AKSI

AKSI SELAMBA

Helikopter baru memulakan penerbangannya membawa Atuk dan Opah serta Warga Emas GODOONG yang lain.

Ini saat dan mungkin menjadi sejarah yang Atuk Saan Karto tidak dapat lupakan sebagai 1 kejutan ketika Majlis Hari Keluarga GODOONG. Warga GODOONG telah diberikan kesempatan untuk menaiki helikopter. Helikopter ini adalah sumbangan Ahimah Saan dan Penerbangan Layang Layang. Syabas dan terima kasih.

Ini pula Opah kami turut merasa kejutan menaiki helikopter. Biar pun pertama kali menaiki heli, Opah kami tidak pun merasa takut atau gayat. Sayang Opah.

Wajah Kegembiraan Atuk kami Saan Karto ketika diperkenalkan oleh Pengerusi Majlis Hari Keluarga GODOONG pada 19.12.2009. Wajahnya jelas terpamer kegembiraan yang tidak terucap ketika menerima kehadiran ahli-ahli keluarga ke Majlis itu dan beliau merupakan Tuan Rumah bagi ke-2 tahun berturut-turut.


Keletihan mencuci kuali... inilah kerja si Gurul