Rabu, 2 Disember 2009

AKTIVITI BERSAMA JIRAN

Kalau berkumpul keluarga Saan Karto ni pasti ada yang jadi korban. Tidak cukup dengan ayam beku yang dibeli dari kedai, ayam kampung peliharaan akan jadi korban. Lepas tu, cucu-cucu akan mencabut bulu ayam. Tengok lah, baru seekor ayam jantan yang disembelih dah 2 orang cucu yang mencabut bulu.

Ini kerja si Tihah ni, nak bergambar lagi dengan ayam yang sudah tidak berbulu.
Kesian ayam tu kan Tihah.

Ini jiran-jiran Keluarga Saan Karto. Ayam kampung tu akan direbus. Lepas tu dicincang lumat di atas dulang termasuklah tulang-tulangnya sekali. Ini resepi yang tidak membazir.

Ayam yang sudah dicincang halus tu akan dicampurkan dengan nasi yang baru masak. Lepas tu nasi tadi akan ditumbuk lumat dalam periuk nasi. Tujuannya untuk menggaulkan cincangan ayam dengan nasi. Lepas tu akan disiram dengan air rebusan ayam yang cukup masin. Biasanya bila siap ditumbuk lumat, nasi yang bercampur dengan tulang-tulang ayam tadi akan dibungkus dengan daun pisang dan siap untuk dihidang. Inilah makanan yang dinamakan "LUDTAK". Sedap rasanya. Tak cukup satu bungkus tau.

Ini jiran-jiran Keluarga Saan Karto. Mereka nilah yang sering bertandang ke rumah kami. Mereka ni ringan tangan membantu Keluarga Saan Karto bila ada kerja gotong royong di rumah kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan