Khamis, 10 Disember 2009

PENGENALAN

KELUARGA SAAN KARTO ini berasal dari Kg. Himbaan Ranau (Sabah Malaysia). Keluarga Saan Karto ini sempena nama ketua keluarga iaitu Saan Bin Karto. Web ini juga dibuat sekadar untuk memaparkan salasilah keluarga Saan Bin Karto sebagai rujukan kepada anak cucu beliau walau di mana pun mereka berada. Generasi Saan bertanggungjawab untuk menyediakan salasilah keluarga ini supaya zuriat keturunan beliau mudah untuk meneruskan kesinambungan di masa akan datang. Walaupun usaha ini amat kecil, tetapi diharapkan zuriat keturunan beliau tidak akan lupa asal usul keturunan mereka dan diharapkan kepada semua ahli keluarga dari keturunan Saan Karto akan sentiasa mengemaskinikan blog ini bila perlu.

SAAN BIN KARTO

Saan Bin Karto merupakan anak ke-2 kepada Allahyarham Karto Bin Godoong dengan pasangannya Allahyarhamah Ronsiding @ Sarikam Bte Kompar. Saan Bin Karto mempunyai 3 orang adik beradik. Beliau mempunyai seorang abang iaitu Allahyarham Samitah Bin Karto dan seorang adik perempuan Wasiah Bte Karto.




Bapa kepada Saan (Karto Bin Godoong) ini telah lama meninggal dunia dan telah disemadikan di Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Kg. Rajunah Kota Belud. Allahyarham meninggal dunia di Kg. Rajunah Kota Belud (dahulu dikenali sebagai Batu 6 Kota Belud) semasa beliau berhijrah ke Kg. Rajunah untuk meneroka tanah di sana. Beliau telah sakit, lalu meninggal dunia di sana dan anak-anak beliau tidak sempat membawanya balik ke Ranau kerana pada masa itu perjalanan dari Kg. Batu 6 ke Ranau masih berjalan kaki.
Ibu kepada Saan (Ronsiding @ Sarikam Kompar) juga telah lama meninggal dunia dan disemadikan pula di Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Kg. Kimolohing Ranau. Beliau meninggal dunia akibat sakit tua semasa tinggal bersama dengan anak sulungnya Allahyarham Samitah Karto.

Saan Bin Karto berkahwin dengan Dulimah bte Sabalat berasal dari Kg. Tagudon Lama Ranau pada 25.07.1957 berwalikan Muji Bin Sabalat dan disaksikan oleh Allahyarham Darum Bin Yuntong dan Allahyarham Kasoman Bin Sukuradi.

DULIMAH BTE SABALAT















Dulimah Bte Saba
lat ialah anak Sulung kepada pasangan Allahyarham Sabalat Bin Gaduan dengan Allahyarhamah Kolob Bte Apai. Dulimah Bte Sabalat juga mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muji Bin Sabalat.


















Allahyarham Sabalat dan Allahyarhamah Kolob juga telah lama meninggal dunia dan disemadikan di Kg. Bayayat Togudon Lama Ranau.

Setelah Saan Karto dan Dulimah Sabalat berkahwin, mereka telah menetap di Kg. Himbaan Ranau. Rumah yang mereka diami ialah rumah yang telah dibina oleh bapanya Karto bin Godoong. Mereka berkongsi rumah dengan keluarga yang lain termasuk keluarga Darum Yuntong. Pada masa itu, rumah mereka berada di kawasan berhampiran dengan kawasan perkuburan Orang Islam Kg. Himbaan, Ranau pada masa ini.


















Apabila rumah tersebut dirobohkan, pasangan ini telah menumpang tinggal bersama dengan keluarga Allahyarham Dupin Bin Gadsong, sehinggalah mereka membina rumah sendiri berhampiran dengan rumah keluarga Encik Dupin Gadsong yang sehingga sekarang tapak rumah tersebut dikekalkan.

Saan Bin Karto selalu berpesan kepada anak cucunya bahawa jasa dan budi baik keluarga Allahyarham Dupin Bin Gadsong dengan isterinya Allahyarhamah Patama Bte Galid ini jangan sekali-kali dilupakan. Mereka telah tinggal menumpang dengan keluarga Allahyarham Dupin ini hampir setahun sebelum mereka berpindah ke rumah mereka sendiri.

Selepas Rumah Pertama Saan Karto dan keluarga semakin uzur, rumah ini telah beliau buat sebagai tempat keluarga berteduh dari hujan dan panas. Selepas itu, barulah beliau membina rumah yang di atas tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan