Khamis, 3 Disember 2009

KERINGAT ATUK KAMI

Dia ni tidak pernah duduk diam. Ada saja aktiviti dia nak buat. Dia ni selalu kata kalau dia duduk diam, dia sakit. Jadi biar saja lah dia nak buat apa kan. Yang penting dia selesa dan bahagia dengan apa yang dia buat.

Tengoklah dalam gambar ni, dia sedang menghiris daun tambakau dalam bahasa dusun sigup. Tambakau ni di buat sebagai suntil dan rokok kirai daun atau dibuat cerut.

(sasalahan)

Kerja ni bukan mudah.
Lepas dihiris dengan menggunakan pisau tajam, tambakau ni diletakkan di atas bekas yang dinamakan "sasalahan". Sasalahan ni dianyam dari buluh.
Lepas itu diletakkan di tempat menjemur yang dinamakan "bantayan".

(daun tambakau baru dijemur)

Bagaimanapun tambakau tersebut tidak boleh diletakkan di bawah sinaran matahari terik dan harus di berikan lindungan plastik. Ini bertujuan agar tambakau tidak terlebih kering dan juga melindungi dari hujan.

Yang ini pula siap untuk dipungut dan lepas tu boleh dijual kepada peraih.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan